Friday, September 25, 2009

C.S.I(Cari.Seluar.Ibal)

Hari ni aku rasa korang sangat untung. Aku ada cerita nak kongsi dgn korang sume. Cerita ni top secret kata org. Inilah kronologinya (pebenda kronologi ni? Aku main taip je):

25/9/2009,1800:
Aku dgn Paan serta AkemF lepak belakang rumah aku. Kitorang ingat nak wat latihan parkour. Jadi aktiviti diteruskan. Aku ngan Paan ok je tp AkemF mcm pondan, asik nak jatuh je. Bikin lambat projek je. Kami mendaki dan menuruni bukit-bukau. Sampai ke puncak bukit, kami merehatkan badan sambil melayan malboro light patbelas (bab rokok tu wa tipu je). Kami berborak2 sampai pukul 7.
25/9/2009,1900:
Kami terlihat sekelompok awan yg nampak mcm kapal alien. Aku tetiba merepek2 yg bukan2 dgn Paan. Aku cakap yg awan kecik tu kapal alien. Yg besar kapal induk dia. Pastu cakap yg alien tu nak culik kitorang. AkemF mula berpeluh sejuk. Dia dah gubra. Aku bagitau Paan suruh dia bagi rokok Gudang Garam dia kat alien tu biar dia lepaskan kitorang. Memang melalut betul citer ni.
1915(malas tulis tarikh):
Kitorang bergerak pulang. Dalam perjalanan, kitorang ternampak mamat Bangla ke Indon tah tengah menggali sesuatu. Kitorang segera menyorok kat tepi busut sambil mengintai-ngintai. AkemF cakap mamat tu musti tgh tanam time bomb."Hah, buduh, kat tgh padang pasir tanam bom nak wat pe? Nak gali minyak ke? kata gua sambil menempeleng dia. Paan lak cakap,"Aku rasa dia tanam mayat kot. Kot2 dia ni pembunuh ke?" Aku mengangguk-agguk paham. Hipotesis aku lak org tu mungkin tanam dadah ke, duit ke pasal kat kawasan tu dulu banyak mat Indon yg jual dadah. Kami menunggu sampai org tu nak blah.
1930:
Org tu dah blah. Kitorang segera ke tempat kejadian. Kami korek suma kawasan tu, tapi x jumpa apa2 pun. Jadi kitorang rancang nak pegi tempat tu esok. AkemF menghalang. Dia takot mamat tu mungkin ada pistol. Kami pun ikut rancangan dia tuh. Lagipun hari dah nak maghrib. Solat lagi baik. Abis dah cite.