Thursday, October 1, 2009

Tatabahasa Yg Hebat........

Seperti yg korang tau, kertas Melayu SPM ada mempunyai soalan tatabahasa spt membina ayat, peribahasa dan len-len. Aku rasa korang musti buring, x de idea, malas nak buat bahagian tu. Untuk pengetahuan korang suma, aku dah mempunyai cara baru yg boleh dibuat utk menjawab soalan tu dgn gumbira. Ini wa dpt tau dr geng2 kelas wa baru2 ni. Cm ni cerita nya:

Mr.X: Argh! Aku dah tensen!!! Dah x de idea.
Gua : Lu wat apa sampai tensen2 camni? Add Math ker?
Mr.X: Tatabahasa.
Gua : Tatabahasa? Ko biar betul. Haku dah siap semalam dah. Ape susah sgt ke?
Mr.X: Susah woooo...aku kena bersaing dgn budak yg lain utk bersaing.
Gua : Wat pe nak bersaing?
Mr.X: Ah, aku cakap pun x guna. Baik ko tengok sendiri.

Aku pun tgklah buku dia. Korg nak tau apa yg aku nampak?

BINA AYAT BERDASARKAN PERKATAAN DI BAWAH.
  1. menebang- Haji Torres sedang membuat ujikaji tentang cara menebang pokok balak dengan menggunakan pedang samurai.
  2. menebas- Teman wanita Hakim memaksanya membelikannya sepapan petai dengan mengugut akan menebas pokok bunga tahi ayam kesayangan Hakim jika dia tidak mahu menuruti perintahnya.
  3. meluangkan-Walaupun Iqbal sibuk dengan kerjanya sebagai seorang penjual cakera padat cetak rompak, dia masih dapat meluangkan masa bersama keempat-empat isterinya pad hujung minggu.
  4. membasahi- Air mata membasahi pipi Izarin kerana semut kesayangannya telah mati dipancung.
  5. enigma- Akibat diajak berkahwin secara serentak oleh keempat-empat kakak angkatnya, Amirul berada dalam keadaan enigma.
  6. mendiamkan-Apabila Macha Market ditanyakan oleh rakan-rakannya tentang keadaan isteri ke lima belasnya, dia terus mendiamkan diri.
Aku terus tergelak terguling-guling baca benda alah tu. Memang hebat betul Mr.X. Rupa2nya, bukan dia je yg buat ayat mcm tu, bebudak lain pun sama je. Nak tau, yg peliknya semua ayat tu cikgu tanda betul. Ye lah, secara tatabahasanya, ayat2 tu semua betul. Patut lah muka cikgu masam je masa tatabahasa. Jadi sejak hari tu, aku dpt membuat kerja BM tatabahasa dgn seronok. Jadi kalau korang pening2, buat je ayat yg merapu2, asal tatabahasa betul, cikgu x leh kaco punyalah.

p/s:kalo korg hebat, cuba terjemah perkataan ini: nangkoho melut, zamshahrut,koh tapu, phang nga.