Thursday, April 2, 2009

Sweet Lemon advanture... Part 1





Disebabkan ada orang dah komen gua punya blog kat skolah tadi, maka kali ni gua nak menulis dalam BM. Jadi, hari ni aku ada cerita untuk korang. Ceritanya camni:
Pada suatu malam Khamis, sesuatu telah terjadi. Malam itu,gua dan Shark baru je selesai membaca Yaasin di masjid. Kami sedang makan nasi dulang yg memang sangat sedap. Sedang asyik mentekadarah, tiba-tiba terdengar deruman ekzos kereta-kereta yg masuk ke pekarangan masjid. Disebabkan bunyi yg kuat secara tiba-tiba itu, maka ramailah hamba-hamba Allah lain yg juga sedang makan tercekik, tersedak nasi dan tertelan air teh tarik panas. Jadi, ramailah orang yg meraung kesakitan dan mencarut-carut kat masjid ( Amaran !mengeluarkan kata-kata kesat di masjid adalah satu dosa yg besar disisi agama Islam). Rupa-rupanya yg datang tu adalah team Project A yg datang dari Genting Highlands. Gua dah banyak dengar cerita pasal team nih. Mereka adalah geng racing yg memandu Nissan Skyline GT-R dan agak terkenal bagi kalangan hashiriya( pelumba haram). Mereka juga terkenal sebagai pemusnah geng hashiriya lain. Gua dah agak mereka akan datang ke sini jugak tapi taklah secepat ni. Gua dan Shark segera berhadapan dengan mereka. Kami bertemu dengan ketua geng tersebut, Keisuke Takahashi. Dia ingin mencabar gua dan Shark bertanding touge (lumba jalan bukit). Disebabkan kedatangan mereka yang agak kurang ajar, ketua kampung gua yg kebetulan ada di sana dengan pantas memerintahkan kami utk bertempur dengan mereka. "Budak- budak ni memeang kurang ajar tol! Ko ajar diorang cukup-cukup,"kata tok ketua. Maka, bertolaklah kami ke Bukit Limau Manis.
Bersambung...........

No comments:

Post a Comment