Monday, April 27, 2009

WANTED??!!!

Rasanya dah lama gua x buat artikel baru. Oklah, hari ni gua ada satu cerita benar nak gua kongsi sesama korang. Cerita ni x sama ngan cerita Sweet L emon Adventure tu, ni kisah benar.
Oklah, pada petang Ahad yg santai, gua , Shark dan AkemF membuat keputusan nak layan Sudden Attack kat CC. Ketika dalam perjalanan, kami tiba2 terdengar bunyi siren. Gua pun berfikir dalam hati,"Bunyi apa tu ye?". Rupa-rupanya kereta peronda polis yg membunyikan sirennya. Kami dah gelabah. Diantara kami x de sorang pun yg ada lesen.Mapuslah nak bayar saman nanti. Shark dgn pantas memulas minyak untuk cabut lari dari polis. Kami belok di roundabout. Polis tu masih mengejar. Naik kecut perut gua. Kemudian gua menjerit kpd Shark," Wei, kita lari ikut jalan kampung." "Okeh," kata Shark. Kami menuju ke arah jalan kampung. Tiba-tiba, polis tu memecut laju, nak memintas kitaorang. Shark dgn pantas memblock polis tu. Kedengaran bunyi hon, polis tu membrek, tahu jugak dia nak eksiden. Akhirnya kami tiba di 'shortcut' menghala ke kampung. Memandangkan kami ni dah expert di jalan2 kampung, kami berjaya melepaskan diri. Berpeluh sejuk kami hari tu. Pengajarannya, ambillah lesen dulu seblm gatal nak bawa motor. Kalau polis tahan bolehlah dgn bangga kita tunjuk lesen, tak gitu?

p/s: korang pernah alami kejadian ni x?

Tuesday, April 7, 2009

Sweet Lemon Adventure... Part 3

Sambungan...
Kini tiba giliran gua untuk resing. Gua dengan tenang memandu Saga gua ke petak perlumbaan. Sebelum memulakan perlumbaan, gua buka lagu Initial D kat radio gua. Barulah bersemangat sikit. Kami dah sedia nak bermula. Gua sempat berbisik sesuatu kpd Wong. Dia mengangguk faham. Wong bersedia membuat countdown. 3...2...1! Go! Wong menjatuhkan spendarnya ke jalan. Gua menekan minyak sekuat hati, Keisuke pun sama. Maka, bermulalah perlumbaan yg mendebarkan ini. Gua cuba mengejar sedaya upaya. Gua membuat drift di SS2, SS3, SS4 dan SS5. Keisuke pun sama. "Perghh, budak ni tak nak mengaku kalah." kata gua dalam hati. Gua pun beralih teknik kepada teknik longkang. Jarak kami semakin dekat. Tinggal setengah meter je. " What the hell! Watashiwa dah tinggal ini budak jauh-jauh tadi, kenapa dia semakin dekat?" Keisuke kehairanan. " Ini tidak boleh jadi. Watashiwa kena guna 'backup'."Kata dia lagi. Tiba-tiba keluar api keluar dari ekzos Keisuke. Terus laju abis dia. " Ceh! Tak guna! Berani ko guna NOS! Shilake!" gua menjerit dgn marah. Nampaknya gua terpaksa guna senjata rahsia. Benda ni sebenarnya gua simpan untuk Merdeka Millenium Endurance. Benda tu NOS juga. Ada 2 tong. Gua tarik kerusi sebelah gua. Ada butang yg ditutup kaca tertulis 'break the glass in case of emergency'. Gua pecahkannya dan menekan butang tu. Dengan pantas kereta gua memecut. Rasa macam Fast and Furious pun ada. Kini, kami sudah sebelah-menyebelah.Sikit lagi nak sampai finish line. Tiba-tiba kami dipintas oleh sebuah motorsikal Suzuki. Gila betul, waktu tu gua tgh bawa pd kelajuan 180 km/h. Tak bleh blah motor tu. Gua dan Keisuke dgn pantas menekan emergency brake. Gua menjerit" Siapakah gerangan tuan hamba yg berani ganggu gua resing?" Penunggang motor tu menghampiri gua lalu melempang muka gua." Palaotak ko! Bapak ko sendiri pun ko tak kenal ke? Ko balik rumah sekarang sebelum aku libas ko!" Ceh bapak gua rupanya. Bapak gua mempiat telinga gua membawa gua balik. Perlawanan tersebut berkesudahan seri. Tamat.

Friday, April 3, 2009

The Sweet Lemon Adventure... Part 2

Sambungan yg lalu...
      Di bukit tersebut, terdapat laluan yg berbahaya kerana terdapat banyak selekoh-selekoh tajam yg menjadi kegemaran gua dan Shark berlatih drift. Utk pengetahuan korang suma, gua memandu sebuah Proton Saga tahun 90-an berwarna putih hitam (ala-ala kaler AE86 Initial D camtu) dan Shark sebuah Mazda RX-7 FD3S berwarna perak. Jika nak dibandingkan dgn kereta Skyline diorang tu, memang berbeza sgt prestasi kereta kitorang. Di dalam perjalanan, gua sempat menghubungi kengkawan kitorang. Si Bendahara, Temenggung dan Hang Wong berjanji akan datang. Manakala Si Jep Kebab tak dapat pegi." Aku tak leh pegilah beb, kene berniaga kebab kat pasar mlm ari ni. Kalo ko menang nanti, aku belanja ko kebab, ok?" kata Jep." Piiirah! Lu ingat gua heran  dgn kebab lu?" gua mengakhiri talian telefon. Setibanya disana, kami bermain 'one two som'. Yelah, nak tau sapa race dulu. Cam bebudak tol lah. Ditakdirkan Shark mendapat giliran pertama. Dia akan berhadapan dgn Malin Kundang, org kanan Keisuke. Mereka akan bertarung dlm acara mendaki bukit. Hang Wong ditugaskan sebagai penjaga starting line yg memulakan kiraan.One...two...Three!!!Perlumbaan pun bermula. Mereka bermain secara rali. Shark akan mengejar Malin dulu dlm pusingan pertama. Malin pula akan mendahului seterusnya. Begitulah seterusnya samapai ada yg memintas pihak lawan. Masing-masing memecut sekuat hati. Diselekoh pertama (dikenali sebagai SS1), Malin dengan pantas meninggalkan Shark. Shark menggunakan segala teknik yg dipelajarinya dlm Need For Speed Underground 2, namun tekniknya tak menjadi. "Pekehal ko guna taktik tu, taktik tu berkesan kat bandar jelah!" Jerit gua kat walkie talkie. Shark pun berubah taktik kpd taktik longkang (dirt drift). Semakin lama si Shark semakin menghampiri. Malin dah tak tentu arah. Dah menggelabah puyuh mamat tu. Di SS yg terakhir, Shark akhirnya berjaya memintas Malin dgn drift yg cantik. Si Temenggung dan Bendahara yg dah lama lepak kat SS tu menjerit kegembiraan (macam bunyi pontianak pun ada). Shark tiba di finish line dgn bergaya. Dia menongkatkan sikunya di cermin tingkap sambil memakai cermin mata hitam. Melihatkan orang kanannya yg dah kalah, Keisuke menggigit jari kakinya."Bagero! Tak boleh jadi ni, Malin dah kalah, aku mesti tak boleh kalah. Nasib baik aku dah ada backup." kata Keisuke. Apakah 'backup' yg dikatakan itu? Ketahuinya di episod akan datang.

Bersambung...

Thursday, April 2, 2009

Sweet Lemon advanture... Part 1





Disebabkan ada orang dah komen gua punya blog kat skolah tadi, maka kali ni gua nak menulis dalam BM. Jadi, hari ni aku ada cerita untuk korang. Ceritanya camni:
Pada suatu malam Khamis, sesuatu telah terjadi. Malam itu,gua dan Shark baru je selesai membaca Yaasin di masjid. Kami sedang makan nasi dulang yg memang sangat sedap. Sedang asyik mentekadarah, tiba-tiba terdengar deruman ekzos kereta-kereta yg masuk ke pekarangan masjid. Disebabkan bunyi yg kuat secara tiba-tiba itu, maka ramailah hamba-hamba Allah lain yg juga sedang makan tercekik, tersedak nasi dan tertelan air teh tarik panas. Jadi, ramailah orang yg meraung kesakitan dan mencarut-carut kat masjid ( Amaran !mengeluarkan kata-kata kesat di masjid adalah satu dosa yg besar disisi agama Islam). Rupa-rupanya yg datang tu adalah team Project A yg datang dari Genting Highlands. Gua dah banyak dengar cerita pasal team nih. Mereka adalah geng racing yg memandu Nissan Skyline GT-R dan agak terkenal bagi kalangan hashiriya( pelumba haram). Mereka juga terkenal sebagai pemusnah geng hashiriya lain. Gua dah agak mereka akan datang ke sini jugak tapi taklah secepat ni. Gua dan Shark segera berhadapan dengan mereka. Kami bertemu dengan ketua geng tersebut, Keisuke Takahashi. Dia ingin mencabar gua dan Shark bertanding touge (lumba jalan bukit). Disebabkan kedatangan mereka yang agak kurang ajar, ketua kampung gua yg kebetulan ada di sana dengan pantas memerintahkan kami utk bertempur dengan mereka. "Budak- budak ni memeang kurang ajar tol! Ko ajar diorang cukup-cukup,"kata tok ketua. Maka, bertolaklah kami ke Bukit Limau Manis.
Bersambung...........

Wednesday, April 1, 2009

What's up dude...

I'll tell you about what had happend today. In the morning, I've become the entrusted safekeeper. I have to hide my Sweet Lemon Crew's mobile phones (Shark's and GX_Lanun's)
. This is because there will be a spot check to every class. At first I was a bit nervous (yeah, to do bad things, don't try to do this at school or outside) but actually the spot check has been canceled. Lucky me, I guess. But next time, I won't redo the same mistake. I've already scold my crew and make sure they repent. In the evening, we had our choral speaking lessons, yup for the interschool championship that will be held at SMT Sepang. We have practised well (maybe) and hope to win the competition ( well, who wan't to lose?). During the recess, we have a lot of fun like Hayat dancing like strip dancer in front like us ( it's look like real! Who knows if he learn it from the club), listening to the radio (we put 3 radios with the same song and the result was superb!), making fun of Wong The Royal Dog again. Tomorrow, we'll practise again and do the best we can to become the champion!!!