Friday, April 3, 2009

The Sweet Lemon Adventure... Part 2

Sambungan yg lalu...
      Di bukit tersebut, terdapat laluan yg berbahaya kerana terdapat banyak selekoh-selekoh tajam yg menjadi kegemaran gua dan Shark berlatih drift. Utk pengetahuan korang suma, gua memandu sebuah Proton Saga tahun 90-an berwarna putih hitam (ala-ala kaler AE86 Initial D camtu) dan Shark sebuah Mazda RX-7 FD3S berwarna perak. Jika nak dibandingkan dgn kereta Skyline diorang tu, memang berbeza sgt prestasi kereta kitorang. Di dalam perjalanan, gua sempat menghubungi kengkawan kitorang. Si Bendahara, Temenggung dan Hang Wong berjanji akan datang. Manakala Si Jep Kebab tak dapat pegi." Aku tak leh pegilah beb, kene berniaga kebab kat pasar mlm ari ni. Kalo ko menang nanti, aku belanja ko kebab, ok?" kata Jep." Piiirah! Lu ingat gua heran  dgn kebab lu?" gua mengakhiri talian telefon. Setibanya disana, kami bermain 'one two som'. Yelah, nak tau sapa race dulu. Cam bebudak tol lah. Ditakdirkan Shark mendapat giliran pertama. Dia akan berhadapan dgn Malin Kundang, org kanan Keisuke. Mereka akan bertarung dlm acara mendaki bukit. Hang Wong ditugaskan sebagai penjaga starting line yg memulakan kiraan.One...two...Three!!!Perlumbaan pun bermula. Mereka bermain secara rali. Shark akan mengejar Malin dulu dlm pusingan pertama. Malin pula akan mendahului seterusnya. Begitulah seterusnya samapai ada yg memintas pihak lawan. Masing-masing memecut sekuat hati. Diselekoh pertama (dikenali sebagai SS1), Malin dengan pantas meninggalkan Shark. Shark menggunakan segala teknik yg dipelajarinya dlm Need For Speed Underground 2, namun tekniknya tak menjadi. "Pekehal ko guna taktik tu, taktik tu berkesan kat bandar jelah!" Jerit gua kat walkie talkie. Shark pun berubah taktik kpd taktik longkang (dirt drift). Semakin lama si Shark semakin menghampiri. Malin dah tak tentu arah. Dah menggelabah puyuh mamat tu. Di SS yg terakhir, Shark akhirnya berjaya memintas Malin dgn drift yg cantik. Si Temenggung dan Bendahara yg dah lama lepak kat SS tu menjerit kegembiraan (macam bunyi pontianak pun ada). Shark tiba di finish line dgn bergaya. Dia menongkatkan sikunya di cermin tingkap sambil memakai cermin mata hitam. Melihatkan orang kanannya yg dah kalah, Keisuke menggigit jari kakinya."Bagero! Tak boleh jadi ni, Malin dah kalah, aku mesti tak boleh kalah. Nasib baik aku dah ada backup." kata Keisuke. Apakah 'backup' yg dikatakan itu? Ketahuinya di episod akan datang.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment